TUN M IDOLA SAYA


Tun Dr, Mahathir Mohamad adalah idola saya sepanjang zaman. Beliau adalah Bapa Permodenan Malaysia dan berjaya menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dengan jayanya. Sepanjang pentadbiran beliau, kita banyak mencapai kemajuan dan pembangunan di negara kita seperti pembinaan KLCC, Putrajaya, lebuhraya PLUS, Jambatan Pulau Pinang, KLIA dan lain-lain lagi. Yang paling menarik, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi Malaysia iaitu dengan mengawal serta menambat matawang negara pada tahun 1997 walaupun mendapat banyak tentangan dan kritikan daripada pelbagai pihak.
Beliau adalah segala-galanya bagi saya kerana tanpa beliau, Malaysia tidak akan maju ke hadapan.
Segala jasa dan kebijaksanaan Tun M akan saya ingati selalu. Harapan saya adalah semoga beliau dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Bt Mohamad Ali akan sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah Ta'ala selalu.amiinnnn...


Gambar di atas menunjukkan saya bersama keluarga saya bergambar
bersama gambar Tun Mahathir dilukis di bahagian dinding belakang sebuah Bangunan di Alor Setar, Kedah

Comments

Popular Posts