HOBI SAYA
![]() |
Gambar saya bersama pasukan Futsal IPD Kulim, Kedah 2017 |
![]() |
Gambar saya bersama pasukan Futsal PDRM Kedah 2017 |
Saya amat meminati dengan permainan futsal sejak umur petengahan 20 an lagi dan saya mula bermain futsal semenjak usia 27 tahun. Sukan Futsal adalah antara permainan yang mengisi masa lapang saya. Saya banyak bermain futsal dengan rakan sekerja saya atau apabila lapang dengan rakan di kawasan perumahan saya. Saya menjadikan sukan futsal sebagai salah satu aktiviti saya di masa lapang. Selain ia menyihatkan badan, ia juga membuatkan saya rasa mengisi masa lapang dengan cara yang lebih berfaedah dengan aktiviti yang memberi kesan yang baik kepada masa masa terluang yang saya ada. Saya juga harus menjaga kesihatan saya dan menjaga badan saya agar ia memberi penambahbaikan kepada penampilan saya.
Saya bermain futsal sehingga ke pelbagai peringkat. Saya telah memenangi johan dalam Pertandingan Futsal Piala Ketua Polis Kedah 2017 di Sungai Petani Kedah. Seterusnya, saya telah mewakili pasukan PDRM Kedah pada tahun 2017 untuk Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Negara 2017 diadakan di Sri Gombak, Selangor.
Akhir kata, saya menjadikan hobi saya sebagai sesuatu perkara yang berfaedah kepada diri saya agar saya dapat mengekalkan kecergasan dan kesihatan yang baik. Saya juga mendapat sokongan yang baik dari ahli keluarga saya dengan apa yang saya minati.
Comments
Post a Comment