MUZIK KEGEMARAN SAYA

Datuk Siti Nurhaliza
Muzik kegemaran saya adalah jenis muzik Pop, R&B dan Hip hop. Penyanyi-penyanyi antarabangsa kegemaran saya seperti Shania Twain dengan lagunya 'You Still The One', Celine Dion dengan lagunya berjudul 'The Power Of Love', Ed Sheran penyanyi lelaki 'mat salleh' yang mendendangkan lagu bertajuk 'Shape Of You' dan penyanyi dari Mexico bernama Luis Fonsi dengan lagunya 'Despacito'. Manakala penyanyi dalam negara yang diminati oleh saya adalah Datuk Siti Nurhaliza Bt Tarudin yang mendendangkan banyak lagu-lagunya akan yang terbaik dan unggul. Datuk Siti Nurhaliza sering ikon dalam masyarakat Malaysia kerana dirinya yang baik dan tidak ada terpalit kontroversi yang tidak baik.

Sebenarnya muzik ini adalah jiwa dalam kehidupan kita. Muzik amat menarik kerana ia sentiasa memberi mesej dan semangat serta dorongan kepada diri saya. Saya sememangnya memerlukan panduan atau dorongan dalam sesebuah lagu itu demi meneruskan kehidupan saya seharian. Dengan muzik, kita hidup dan bersama Allah kita mencintaiNya. Kita mestilah sentiasa berjiwa dan berfikiran positif demi meneruskan kehidupan kita yang semakin mencabar ini. Sekurang-kurang dengan adanya muzik, ia mampu membuatkan kita tenang serta menghilangkan stress atau tekanan.

Shania Twain

Luis Fonsi

Celine Dion

Ed Sheran
.

Comments

Popular Posts