MAKANAN KEGEMARAN SAYA
Makanan kegemaran saya adalah makanan korea iaitu SEOUL GARDEN. Makanan secara buffet ini menjadi kegemaran saya kerana makanan-makanannya adalah baru dan 'fresh'. Saya selalunya makan di sini dua atau tiga bulan sekali bersama isteri dan anak-anak saya. Lagipun makan secara buffet adalah menjimatkan kerana kita boleh makan secara perlahan-lahan dan banyak walaupun harga satu kepala RM 36. Kalau lapar, kita boleh tambah lagi. Tempat yang menarik dan bersih. Anda semua datang mencuba di sini menikmati keenakan makanannya. Ada pelbagai makanan di sini seperti ayam, ikan, sotong, udang dan lain-lain untuk dimasak grill oleh kita sendiri. Di samping itu, pihak Seoul Garden juga menyediakan makanan-makanan Barat seperti Nugget, Sausage, kentang dan sebagainya. Makanan seperti sushi ala jepun, kek-kek, buah-buahan serta aiskrim juga terdapat di Restoran Seoul Garden ini.
Jom kawan-kawan kita ke Seoul Garden menikmati makanannya. Terima kasih,, sampai bertemu lagi di lain masa.
Comments
Post a Comment