RAYA AIDILFITRI 2017

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang terindah dalam setiap kehidupan manusia di dunia ini. Setiap umat Islam pastinya merayakan Aidifitri dengan gembira setelah berpuasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan. Begitu jua dengan keluarga saya. Kami beraya di kampung isteri saya di Kampung Raja, Mukim Pering, Kodiang, Kedah. Pada malam raya, saya bersama isteri serta anak-anak saya akan pulang awal ke kampung. Pagi keesokan paginya setelah sembahyang Raya Aidilfitri di Kampung Pering. Kodiang, Kedah, kami akan pergi mengunjung di rumah adik beradik di sekitar kawasan kampung tersebut. Selepas itu, kami akan balik beraya dan bawakan sedikit kuih, lemang, ketupat dan sebagainya ke rumah ibubapa saya di Alor Setar, Kedah. Raya kan untuk semua..walaupun ibubapa saya masih lagi beragama Buddha, kami masih balik mengunjungi mereka. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin 2017....


GAMBAR KELUARGA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
BERSAMA ISTERI, ANAK-ANAK DAN
IBU MENTUAKU HASIAH BT RAHIM

Comments

Popular Posts