KELUARGA SAYA

Gambar saya bersama isteri dan anak-anak perempuan saya.

Keluargaku Syurgaku. Setiap individu dalam masyarakat pastinya menginginkan kehidupan yang bahagia bersama keluarganya yang tersayang. Mempunyai isteri yang penyayang dan tegas serta dikeliling dengan anak-anak yang tersenyum riang semestinya menjadi keinginan setiap orang.  

Saya telah bernikah dengan isteri saya Nooratikah Binti Othman pada 27.08.2011 dan kini mempunyai dua orang anak perempuan yang comel iaitu Noor Aleesya (5 tahun) dan Noor Aleeya (3 tahun). Isteri seorang surirumah sepenuh masa. Harapan saya agar kami sentiasa kuat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dengan hati yang tenang dan sabar. Sememangnya adalah lumrah dalam sesebuah kehidupan, setiap ikatan kekeluargaan pastinya akan dilanda badai atau gelora dugaan. Yang penting kita mestilah ingat kepada Allah pencipta kita, jangan sesekali kita lupakan Dia. InshaAllah Allah akan menjaga hubungan kita dan keluarga kita.

Comments

Popular Posts