Bolasepak- Perlawanan Persahabatan...


Video di atas memaparkan cara-cara saya menimbang bola menggunakan bahagian kaki, paha dan kepala.


20/07/2017 @ 1730 Hrs

Perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Veteran PDRM Kedah menentang pasukan IPD Kota Setar di padang Asrama Hijau Kuning, Jalan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Perlawanan yang berkesudahan pasukan Veteran PDRM Kedah kalah 3-1. Saya menjadi jurulatih bolasepak bagi pasukan Veteran PDRM Kedah berkenaan.

Tujuan perlawanan bolasepak persahabatan ini diadakan adalah untuk mencari stamina, meningkatkan kecergasan dan memantapkan keserasian antara pemain-pemain bagi menghadapi perlawanan sebenar iaitu Kejohanan Bolasepak Piala Ketua Polis Negara 2017 yang akan di adakan di Kuala Lumpur pada 18/09/2017 hingga 23/09/2017 nanti. Semoga pemain-pemain mampu menyesuaikan diri, persefahaman serta meningkatkan stamina dan kecergasan masing-masing.

Pada hari Khamis minggu hadapan (27.07.2017) pasukan Veteran PDRM Kedah akan mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan menentang pasukan IPD Kota Setar di padang Asrama Hijau Kuning, Jalan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

Saya dan bolasepak berpisah tiada...

Veteran Pdrm Kedah vs IPD Kota Setar, Kedah


Comments

Popular Posts